SEJARAH ALOE VERA – KAJIAN SAINS TENTANG ALOE VERA
Aloe Vera telah digunakan sejak beribu tahun dahulu untuk merawat luka akibat kecederaan luaran dan juga jangkitan pada kulit.
Aloe Vera atau Lidah Buaya ini adalah pokok yang paling banyak digunakan dalam dunia perubatan tradisional.
Pada tahun 1820, United States Pharmacopoeia menyenaraikan pokok Aloe Vera sebagai julap dan pelindung kulit (a laxative and a skin protector) – Hennessee dan Cook dalam buku, Aloe Myth, Magic, Medicine.
Aloe Vera ditanam secara besar-besaran di selatan Amerika Syarikat bermula tahun 1912 dan kemudiannya dieksport ke seluruh dunia.
20 tahun kemudian, C.E. Collins mencetak kertas kajian tentang 50 kes dimana Aloe Vera digunakan dengan jayanya untuk merawat pesakit yang menderita akibat melecur, ulser dan sakit kulit (dermatitis). Hasil kajian Collins telah digunakan sebagai asas oleh banyak kajian saintifik lain.
T.C. Barnes daripada Philadelphia’s Hahneunan Medical College and Hospital, bersetuju dengan penilaian Collins dan menyatakan bahawa Aloe Vera tiga kali lebih berkesan daripada lain-lain salap kulit.
Sepanjang tahun 1950-an, ada beberapa kajian diterbitkan bagi mengesahkan Aloe Vera sebagai biogenic stimulator — membantu mengurangkan kerosakan luka melecur akibat radiasi, masalah kulit dan juga masalah pergigian.
Kajian dari pelbagai universiti juga menjelaskan kesan penyembuhan Aloe Vera sebagai penghilang kesakitan (paon reliever) dan agen anti keradangan (anti inflammatory agent).
Sepanjang tahun 1970-an, elemen saintifik Aloe Vera dikaji dengan lebih mendalam dan saintis menemui lebih 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon dalam gel Aloe Vera!
Dalam tahun 1980-an, kajian sains menumpukan penggunaan Aloe Vera ke atas pesakit kanser dan AIDS.
Pada tahun 2006, satu laporan oleh toxicologist Mary Boudreau untuk National Center for Toxicological Research, menyatakan
“Aloe Vera is perhaps the most popular herbal remedy employed today.”
toxicologist Mary Boudreau untuk National Center for Toxicological Research